Jika kamu ingin meluah rasa...

Lalu Alam Mengirim Kaca

AKMAL ARSAT

Jalan hidup kita berbeza.

Ada yang maju ke hadapan, jauh meninggalkan. Ada yang tetap di titik yang sama, tidak sedikit juga yang ketinggalan. Perbezaan menyebabkan kita risau dan keliru.

Lalu Alam Mengirim Kaca memberi ruang kepada kita untuk mengenal erti kekeliruan dalam dunia yang jarang sekali mengirim apa yang diidamkan. Sekalipun terhimpit, 

kita cuba melawan perasaan untuk menyalahkan Tuhan. Agar kita merasa damai dan tenang.

Sementara hati ingin didengari...

Habuk Bintang

KAMIL NAIM

Di “Hujung Dunia”, mereka sedang asyik melayan nostalgia dan kenangan yang indah khabar daripada rupa. Mungkin juga mereka sibuk memikirkan idea-idea kreatif, cinta, atau falsafah. Mungkin ini konklusi evolusi umat manusia setelah dibebaskan daripada semua jenis konflik, celaru dan bebanan. Tidak mungkin adanya indah jika tiada jelik untuk dibandingkan.

Itulah memori.

Yang indah memberi kekuatan, ketika sebaliknya memberikan pengajaran. Walau betapa indahnya alam mimpi, kehidupan yang ada sisi baik dan buruk tersebut jugalah yang menjadi pilihan – sebab itulah kehidupan yang sebenar. Habuk Bintang ialah himpunan 12 cerpen sentuhan Kamil Naim yang acapkali berpesan:

 

"Pilihan kamu yang menentukan kamu."

Namun tiada yang memahami...

Yang Paling Patah antara Kita

AINUL FARIHAH

“Kau okey?” Ringkas. Tetapi paling susah nak jawab.

Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat. Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun. Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, “tak”, tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.

Takut hilang kawan. Takut kena marah.

“Kau okey tak ni?”

Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.

Yang Paling Patah Antara Kita merupakan novel terkini Ainulfarihah yang sudah menulis sejak 10 tahun lalu. Novel ini merupakan novel pertama beliau bersama JIWA.

Rasa itu akan lebih sempurna tatkala kamu memiliki semuanya...

RM85

SIAP CETAK!!

PESAN BOX PATAH ANDA SEKARANG!

Rela Patah untuk Sembuh !

F.A.Q

Terdapat beberapa kaedah pembayaran antaranya:

  • Online Banking (Billpliz)
  • Direct Transfer

Boleh! Anda boleh juga membuat pembelian satu produk sahaja.

Hanya yang membeli box sahaja yang akan mendapat diskaun.

Tidak. Hanya harga diskaun yang diberikan untuk set buku.

Masih belum ada tarikh yang spesifik. Tetapi ianya akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

Anda boleh juga membuat pembelian dengan kadar pos yang ditetapkan oleh kurier negara masing-masing.

Boleh selepas dapat emel daripada pihak kami. Pickup hanya boleh dilakukan di Teratak Buku Jejak Tarbiah, Bangi.

Anda boleh memaklumkannya kepada pihak kami melalui Whatsapp: +6 011 2906 2609